Sunday 4 March 2012

Kebudayaan Kaum Kadazan Dusun


1.0       Pengenalan

            Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.

            Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum Kadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; ·
Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

            Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.Kaum Kadazandusun memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

            Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

            Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.

            Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

            Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

            Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

            Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

            Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

            Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru, melalui buku skrap ini kami akan memberi sedikit sebanyak penerangan dan penjelasan kepada para pembaca buku skrap ini supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan generasi masa akan datang.




2.0       Kebudayaan



2.1       Adat Resam kaum Kadazandusun



2.1.1   Perkahwinan

            Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa bertanggungjawab memilih bakal isteri anak lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlis perkahwinan akan dilakukan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan lazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Pada malam pertama si suami harus bermalam di rumah keluarga isterinya dan kemudiannya pasangan pengentin ini akan diarak ke rumah keluarga lelaki dan perempuan selama tiga kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalam rumah, pihak tuan rumah keluarga lelaki/perempuan menyanyi atau "Selakohan Sinding" dan dibalas oleh rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambut kedatangan rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian.



2.1.1.1            Merisik
            Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.
            Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.

            Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.

            Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

2.1.1.2            Meminang
            Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

            Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

            Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.

            Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

            Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

2.1.1.3            Bertunang
            Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.

            Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.

            Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.

            Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

            Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.

            Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

            Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

2.1.1.4            Majlis Perkahwinan

            Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.

            Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

            Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.

            Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

            Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

            Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.

            Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

2.1.2   Mendiri dan Masuk Rumah Baru
            Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara "Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting bagi masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan do kesilau, Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daat dan Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada hari-hari yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau Megembawon / Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir untuk mengendi. Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacara megendi dan bukan daripada golongan leleki.


2.1.3   Adat Kelahiran
2.1.3.1            Sewaktu Mengandung
            Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.

            Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.

2.1.3.2            Bersalin
            Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.

            Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.

            Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.

            Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah kediaman mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang terdekat.

            Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab tentang ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan.

            Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling banyak digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah, halia dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan persekitaran.

            Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan oleh sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga mereka.

            Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit, tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital. Oleh itu peranan bidan amat popular di kalangan mereka.

2.1.3.2            Selepas Lahir
            Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.

            Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.

            Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa baranga dibawa bersama iaitu :

·         Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.

  • ·         Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.
  • ·     Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.
  • ·         Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring.


            Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.

2.1.4   Kematian atau "Kepataiyen"

            Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama. Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun tradisi, ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yang bertujuan memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau "menuhon" bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui benda-benda yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula.

            Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan untuk memberitahu masyarakat kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah keluarga iaitu menggunakan buluh untuk dibunyikan atau "Mengarasapong". Semasa si mati dibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas letak si mati. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan mengambil barang-barang milik si mati. Pada hari ketiga (3) pula, ahli keluarga simati mengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan / angkiban" .

            Benda yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman. Tujuannya ialah mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah " Anu bin Dia, ini saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini dilakukan dengan tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacara mengendi dilakukan dengan bantuan sesorang yang mahir megendi.
            Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian.

2.1.4.1            Semasa Kematian
            Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus.

2.1.4.2            Memberi Tahu
            Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.
            Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.
            Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

2.1.4.3            Berjaga-Jaga
            Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

            Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

            Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.

            Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.

2.1.4.4            Moginupus
            Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

            Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.

2.1.4.5            Pengebumian
            Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.

            Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut. Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

            Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.

            Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.

            Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

            Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.

            Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

2.1.4.6            Selepas Kematian
            Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu:
  • - Makan Tiga dan Tujuh Hari
  • - Makan Empat Puluh Hari
  • - Makan Seratus Hari
  • - Makan TigaTahun


2.1.4.6.1         Makan Tiga dan Tujuh Hari
            Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.

            Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut. Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.

2.1.4.6.2         Makan Empat Puluh Hari
            Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat.

            Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.

            Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.

2.1.4.6.3         Makan Seratus Hari
            Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.

            Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

2.1.4.6.4         Makan Tiga Tahun
            Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan

            Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.

            Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

            Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.

            Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki meminum arak sekaligus.

            Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

            Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.

2.1.5   Hari Keluarga atau "Meginakan"

            Masyarakat Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggil meginakan. Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkan arak Gampian Kinomol yang diketuai oleh mereka yang mahir megendi serta dijalankan pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut, mereka mengambil bambu atau "Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-turut.

2.1.6   Ketian
            Ketian ialah seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan mengandung tanpa sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dan dikehendaki membayar denda atau sogit berupa babi atau kerbau. Tujuannya menyejukkan panas dalam ahli keluarga dan masyarakat kampung serta memberitahu masyarakat kampung bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengan kesalahannya.

2.1.7   Mencuri atau "Manakau"
            Pencuri dapat dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui upacara "mengintutun". Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telur ayam atau cermin. Semasa mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakat kampung datang sama-sama menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh akan memberitahu siapa yang mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayai oleh ahli keluarga dan majoriti masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh akan mendapat cacian dan celaan masyarakat kampung untuk beberapa waktu. Sebaliknya, pesalah yang melakukan kesalahan besar seperti mencuri kerbau boleh dihalau keluar "elohon" dari kampungnya.

2.1.8   Kahwin Bersaudara atau "Kepingaian Miadpinai"
            Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang lelaki atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih ada talian persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuan akan dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam, 7 perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraan untuk membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepada pihak keluarga perempuan dan pitas perempuan pula diberikan kepada keluarga lelaki. Pembayaran pitas ini dipanggil "Mesulak" atau sama-sama membayar denda (bertukar-tukar barang denda).

2.1.9   Curang atau "Melapau"
            Seseorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku curang terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklah dikenakan denda berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahli keluarga yang dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak.


2.1.9   Asal usul makanan
            Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun.

            Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

            Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot.

2.1.9.1            Upacara Momohizan
            Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.

            Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah.

            Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou), kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke atas gendang.

            Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera 'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad).

            Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.

            Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera 'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat).

            Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.

            Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi (santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada mereka akan tidur atau makan.

            Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan', 'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan' (mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).

            Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu.

            Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.

            Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan sedikit tapai ke tanah.

            Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan menyanyikan mantera 'sumamboi'.

            Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau penyakit.

            Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit ditempat mereka berekumpul tadi.
            Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong' ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

            Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada 'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong.

            Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi saja.

            Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun (kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).

2.1.9.2            Upacara Humabot
            Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.


            Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

            Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

            Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu.

            Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat rumah.

            Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

            Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil bertempik sorak (memangkis) .

            Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai sogit (korban).

            Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.


2.2       Bahasa
            Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia. Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alat untuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukan mengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan (S.Nathesan, 1995).

            Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun. Sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusun menggunakan empat belas bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan, Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpu di daerah Ranau.

            Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

            Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk memboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu serta menghayati dan membanggai bahasa itu.

            Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah. Selain Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga memainkan peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan Bahasa Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ), Koisaan Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah ( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).
            Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan dikekalkan serta dapat dipelihara daripada pupus.
           


2.3       Makanan Tradisi

            Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

            Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazandusun.

            Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

            Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi. Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

            Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

2.3.1   HINAVA

            Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

2.3.2   NOONSOM

            Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau.

            Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan.
            Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.
            Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

2.3.3   PINAASAKAN
            Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.

2.3.4   SUP MANUK LIHING
            Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.
            Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan.
            Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.


2.4       Muzik Tradisional
            Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.
            Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;
·         Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
·         Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
·         Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog).

2.4.1   GONG
            Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.

            Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

2.4.2   BUNGKAU
            Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.
            Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).
            Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

2.4.3   SOMPOTON (Erofon)
            Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan.

            Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

            Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.


            Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.

            Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum Kadazandusun.

2.4.4   TOGUNGGAK (idiofon)
            Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

            Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

2.4.5   KULINTANGAN (Idiofon)
            Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan. Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional.

            Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.



2.5       Pakaian Tradisi

            Kadazandusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu.

            Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut: Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

            Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

            Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain.

            Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya.

            Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

2.5.1   Suku Kaum Kadazandusun Penampang
      i.        Ciri-ciri pakaian tradisi.
·         Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).
·         Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur. (Sinompukung)
·         Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya 'bobohizan'(kinoingan).
·         Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
·         Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam
·         Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

    ii.        Perhiasan pakaian.
·         renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

   iii.        Barangan kemas
·         Himpogot - wang syling berwarna perak.
·         Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han.
·         Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
·         Gelang (gohong)
·         Rantai leher (hamai)
·         Anting-anting (simbong)
·         Cincin (sinsing)
·         Kerongsang berwarna keemasan



2.5.2   Rungus Di Kudat
      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi
·         Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat Tondu'.
·         Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja.
·         Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan.
·         Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki.
·         Siga

    ii.        Perhiasan Pakaian
·         Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.
·         Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'.
·         Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang.
·         Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada manik-manik berunsurkan corak purbakala.

   iii.        Barangan Kemas
·         Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan.
·         Sanggul (titimbok)
·         'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas berbentuk loceng.
·         'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang diikat di bahagian dahi.
·         Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.



2.5.3   Kadazandusun Papar
      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi
·         Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya)
·         Blaus putih (baju dalam)
·         Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut.
·         Siga (lelaki)
·         Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang.
·         Siung (wanita)
¾    berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang.
¾    berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin.
¾    tiada perhiasan di siung .

    ii.        Perhiasan Pakaian
·         Butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada.
·         Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher)
·         8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus.
·         Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop).

   iii.        Barangan Kemas
·         3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling.
·         Gelang (belilit) perak.
·         Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling.

   iv.        Cara Pemakaian.
·         3 pasang untuk wanita bujang.
·         2 pasang untuk wanita berkahwin.
·         1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.
·         Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan berada.

2.5.4   Lotud Tuaran
" Lorud "(Blaus berlengan panjang)
a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi.
      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi
·         Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai warna utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangan tangan, tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna merah,oren, biru dan hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di pergelangan tangan.
·         " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut.
·         Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.

    ii.        Perhiasan Pakaian
·         Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang .
·         Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk wanita sudah berkahwin.
·         Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan di sekeliling sanggul 'sinulug'.
·         Sigar dan siwot.
¾    Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah.

¾    Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah . Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitam disertakan juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru berhiaskan cebisan kain merah.



   iii.        Barangan Kemas
·         Himpogot wang syling berwarna perak.
·         Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han.
·         Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
·         Gelang (gohong)
·         Rantai leher (hamai)
·         Anting-anting (simbong)
·         Cincin (sinsing)
·         Kerongsang berwarna keemasan.

2.5.5   Dusun Tindal Tempasuk Kota Belud
      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi
·         Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.
·         Gonob (sarong) paras lutut.

    ii.        Perhiasan Pakaian
·         Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.
·         Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai corakl kain berenda.
·         Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan.
·         2 pasang selendang merah.
·         Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)
·         Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)



   iii.        Barangan Kemas
·         Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak.
·         Gelang Perak ( Saring Perak ).
·         Anting-anting Perak.
·         Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia dipakai sebagai rantai leher.

2.5.6   Murut Tagal Dari Daerah Keningau
      i.        Ciri-ciri Pakaian Tradisi.
·         Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ).
·         Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian depan dan belakang blaus serta sarung.

    ii.        Perhiasan Pakaian
·         Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan hijau.

   iii.        Barangan Kemas
·         Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna perak.
·         Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat ( sapulu ).
·         Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang.
·         Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.
·         Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan ukiran kayu.
·         Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.
2.6       Tarian Tradisional

            Setiap etnik  menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

            Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti berikut :

i.        Liliput
·         Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

ii.        Menangkuk
·         Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas telapak tangan.
·         Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring. Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin yang dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu lebih menarik.

iii.        Mogunatip
·         Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan.
·         Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

iv.        Mongigol Sumundai
·         Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh suku kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan upacara pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari perempuan dan diketuai oleh penari lelaki.
·         Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Pakian yang digunakan oleh penari perempuan adalah pakaian tradisional suku kaum Rungus. Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog'.

v.        Paina
·         Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.
·         Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang terang dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan ' sandai ' yang tergantung dari leher.

vi.        Sumayau ( Mongigol Tuaran )
·         Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).
·         Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan sementara penari lelaki memakai ' sigar '.
·         Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkan pada pakaian mereka.

vii.        Sumazau Papar
·         Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan penari lelaki dan perempuan.
·         Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penari perempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar, dengan ' seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas ' seraung ' yang dipanggil ' senaundung '.
·         Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada kepala mereka dan juga skaf / selendang yang dikenali sebagai ' sandai '.

viii.        Sumazau Penampang
·         Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat padi ( Bambaazon ).
·         Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.
·         Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong atau pun ' togunggu '.



ix.        Titikas
·         Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan, Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat dan juga semasa perayaan.

·         Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', ' gabang ', ' kantung ' , dan juga gong.

2.7       Perayaan

2.7.1   Pesta Kaamatan
            Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

            Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

            Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

            Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman.
            Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Magavau
            Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.
            Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi.
            Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.
            Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Lagu - lagu Pesta Kaamatan
Kasaakazan Do Bambaazon
Toun haid tumahib
Au opiumanan
Toun vagu noikot no gontob
Tadau kalamazan

Chorus:-
Kotobian do Toun Vagu
Doid songovian
Ada tokou pogivovogu
Ondomo kovosian
Kanou no manaandak Mohoing dazanak
Tadau tagazo do Kaamatan
Kinasakazan Bambaazon

Chorus:-
Kotobian om kounsikaan
Hasa sopiampun
Miiso doid kasanangan
Ingkaa daa tikid toun

Chorus:-
Misompuru Id Koubasanan
Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,
Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,
Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,
Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-
Tobpinai kanou pogi,
Mi-iso id koubasanan,
Mogiampun-ampun tokou ,
tumabi toiso-iso
Misompuru id koubasanan
Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,
Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,
Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,
Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.


Kesimpulan
Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling  bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam  keadaan  kepelbagaian  budaya dan menarik perhatian ramai pelancong luar  ke negeri ini.


http://www.opendrive.com/files/OV82MDE0NDVfbTlBYTY/jambatan%20tamparuli%20-%20lagu%20dusun.mp3



12 comments: