Tuesday 6 March 2012

PENDAHULUAN



Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina, india, orang asli, kadazan, bajau, murut dan sebagainya. Masyarakat india merupakan kaum yang ketiga terbesar .mereka hidup dalam persekitaran budaya yang yang tersendiri yang diwarisi yang dari turun-temurun. Mereka dikenali sebagai kling di kalangan masyarakat tempatan. Setelah menetap di Negara ini sekian lama, mereka membentuk komuniti yang tersendiri di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain. Dengan itu, secara tidak langsung wujudlah sosioekonomi dan politik yang tersendiri dikalangan mereka. Dalam pada itu, mereka bebas mengamalka adat istiadat mereka yang terangkum dalam hal ehwal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Disamping itu mereka juga mempunyai perayaan-perayaan yang khusus sebagaimana juga yang terdapat di kalangan masyarakat yang lain. Ketika ini jumlah mereka dianggarkan lebih 2.5 juta orang.


Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing. Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi.    


     Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini.

1 comment: