Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu.
NILAI DAN KEPERCAYAAN
Γ Upacara
·
Sewaktu mengandung
Terdapat
beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu
mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua
sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.
·
Berpantang
Untuk
mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa
pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta
kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang
tersebut termasuklah
- Wanita
hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk
halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan
menyukarkan proses kelahiran kelak.
- Wanita
hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung
kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung
sulung.
- Wanita
hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri
anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit
ketimbaluan.
·
Menempah bidan
Dalam
masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh
bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat
akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu
dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran
bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjada wanita hamil tersebut.
·
Tanda Kelahiran
Apabila
sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu
sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta
kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang
padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang
akan menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di
bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.
Sebaik
sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu
sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak
untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas
tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara
padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan
tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran I ni diadakan untuk menyambut
anak pertama walaupun masih boleh diadakan anak–anak berikut.
·
Melenggang perut
Selain
dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu
melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan
masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak
pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat
ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang
dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.
·
Semasa Bersalin
Apabila
sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu
disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam
seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan
makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat
lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong
tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
·
Potong tali pusat
Sewaktu
hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan
pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu
tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan
memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang.
Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri
daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan
tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi
kepada bidan.
·
Qamat / Azan
Bagi
masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah
disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-ratanya
beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah
suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat
pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak
lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan
diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu
barulah bayi tersebut yang baru dilahirkan boleh disusukan.
·
Menanam Tembuni
Pada
hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama
kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu
untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh
bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk
sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu,
tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi. Elepas kelahiran si ibu
akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi
bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik
kelahirannya sehinggalah dia membesar.
·
Rawatan Bidan
Selepas k elahiran bayi, bidan akan memberi
ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga
hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini
dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat
tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan
keluarga wanita tersebut.
·
Berpantang
Terdapat
beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru
lepas bersalin. Antaranya ialah :
Si
ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk,
si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan
perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama
tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat
yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu
untuk memulihkan kesihatan selepasa bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang
bewarna gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk
kesihatan mata bayinya.
Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.
Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.
·
Naik Buai
Oleh
sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa
akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh
bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima
biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga
upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau,
di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali.
Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara
melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji
diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang
menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan
rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir.
Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak
saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah
yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu
yang hadir di majlis tersebut.
·
Menimbang bayi bulan safar
Umumnya,
orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang
dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar
dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari
menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid
untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat
bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan
agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang
digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah :
Sebatang
penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan
dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang terdiri daripada
benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk
nasi dan tujuh biji kelapa muda.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya.
·
Berkhatan
Sebagai
orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah
cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun
sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas
berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis
berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak
perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid
atau di rumah kanak- kanak tersebut.
- 2 Kematian
·
Selepas Kematian
Apabila seseorang itu meninggal dunia,
doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu,
tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu
telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian
tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut
akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi,
dikafan dan disembahyangkan.
·
Adat mengawal kubur
Masyarakat Bajau yang asalnya
berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk agama Islam. Namun
demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana
telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam budaya
masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama
tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi
balan-balan dalam tempoh tersebut. Masyarakat Melayu secara amnya
percaya, akan musnah semua organ dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari
kerana perut yang semakin menggelembung akan bocor. Sememangnya dalam
kajian saintifik juga, mayat manusia akan reput sepenuhnya dalam masa tujuh
hari.
Masyarakat Bajau percaya
“Balan-balan” merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia.
Menurut cerita orang tua-tua Bajau, “Balan-balan” terjadi apabila manusia itu
salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini adalah
supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama. Manusia yang ingin
mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan
selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. Kemudian, badan
pengamal ilmu syaitan ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah,
kepalanya akan tercabut dan terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar
segala isi tubuh dan perut.
‘Balan-balan’ kelihatan sama
seperti hantu ‘penanggalan’ atau ‘Tenggelong’ yang dikenali oleh kebanyakan
orang Melayu. Namun bezanya, tidak pernah ada kisah penanggalan atau
Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka
menjilat darah pada uri perempuan bersalin. Namun sekiranya balan-balan
gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah
manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan
menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu,
terutama hati.
Balan-balan dikatakan hanya
terbang pada waktu malam dan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang
hari. Dikatakan, cara untuk mengenalpasti balan-balan adalah dengan
melihat pada matanya. Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah.
Untuk memastikan lagi, potonglah limau nipis sambil memperhatikan matanya.
Jika dia mengamalkan ilmu balan-balan, matanya akan berair. Pengamal ilmu
balan-balan juga tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh
mengakibatkan isi perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru
di halaman rumahnya tidak akan ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan
benda-benda tajam seperti buluh.
Berbalik pada adat mengawal kubur
masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti
budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki
Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang
malam selama tujuh hari. Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di
rumah si mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula
apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa
mengantuk atau rasa takut. Antara permainan yang biasa dilakukan
semasa mengawal kubur adalah ‘pasang’ ,congkak, daun terup dan
sebagainya.
Bagi orang-orang tua Bajau,
permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual magis untuk menyingkirkan
kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan apabila melihat
adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa para pengawal
kubur. Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. Namun
setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh
masyarakat lain. Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya
masyarakat Melayu yang rencam.
- 3 Perkahwinan
Adatnya
tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan
berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang
menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum
yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah
mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok dengan
keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat
keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali
pertunangan.
·
Meminang
Upacara
meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu,
pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai
sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya
berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan.
Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semuabarang yang
dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis
penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak
keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis
perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang
sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti
sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya
akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.
· Majlis Perkahwinan
Pengantin
Bajau
Majlis
perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan
majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi
keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik
diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong,
bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik
ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang
memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan
seorang pemain bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,
kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian
ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita.
Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu
pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh
penari lelalki dan perempuan.
Sehari
sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan
oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan
ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada
hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna
kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan
dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian
serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung
dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika
menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama
tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang
berwarna-warni.
Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda
hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah
pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya
dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin
perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya
dan bunyi gong pun diberhentikan.
Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.
Disitu pengantin lelaki menunngu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan.Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.
- 4 Perayaan
Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka
sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber
rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri
kepada kehidupan.
Hakikatnya, laut adalah dunia
mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal
'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah
mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut
dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara
pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa.
Biasanya sebuah lepa didiami oleh
sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang. Setiap lepa yang
didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza
di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam bahasa kaum Bajau
Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa diperbuat daripada
kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan
meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan
warna.
Lepa merupakan peninggalan budaya
yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun
ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang
tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah
juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan
agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15.
Oleh itu, lepa dianggap sebagai
satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat dan tradisi Bajau
Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam
persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan
dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya
bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini.
Kini, kebanyakan masyarakat Bajau
di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. Walau bagaimanapun, budaya yang
diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang
dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi
hari ini.
Perayaan Regatta Lepa disambut
pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan
yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap
sebagai ‘hari raya’ mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula
diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf
menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003,
Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia'
dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.
Setiap tahun pengunjung
berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-lepa tersebut diukir
dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut
dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut
merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan
layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa
penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat
Bajau Laut.
Menjadi tradisi kepada sambutan
Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan
Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik.
Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan
dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan
kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah
utama dalam perayaan ini.
Beberapa acara sukan melibatkan
perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan
persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi
perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis
kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian tradisional,
alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.
Di sebalik perayaan dan kisah
sejarah lepa yang panjang ini sebenarnya terselit mesej kepada masyarakat
supaya kuat dari aspek mental dan fizikal umpama sebuah lepa yang kuat serta
gah belayar di lautan. Hakikatnya, usaha memartabatkan dan memelihara warisan
budaya bangsa perlu digerakkan dengan lebih proaktif selaras dengan
perkembangan dunia sekarang yang semakin mencabar agar ianya tidak ditelan
zaman.
ASPEK OBJEK
Γ Pakaian
Bagi
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan
blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan
perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang,
seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku kaum Bajau menggayakan
pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias
renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan
tali pinggang.
Γ Makanan Tradisional
Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau
tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat
dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu
bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk
dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah
dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta
rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh di makan bersama
sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi
kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala
makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi
kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak
di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.
Kima adalah nama sejenis kerang
laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan
sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima
dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan
mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur
dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang
yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang
dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.
Sagol/Π
enagol(Kata Kerja)
bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Π
enagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu
'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan
tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan
buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang
dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari
atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan
kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal.
Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan
dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Ada dua jenis masakan
sagol/Π
enagol iaitu sagol/Π
enagol kering (tiada kuah) dan sagol/Π
enagol basah
(berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak
menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu,
iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati
ikan buntal.
Makanan yang berupa ubi kayu yang
diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu
dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Π’ayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan
laut
Makanan yang berupa ubi kayu yang
diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam
kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.
Secara umumnya, makanan
tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan
tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada
dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah
(inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan
dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut
seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun
laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe
tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.
KESENIAN
Budaya
tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai,
Dalling – Dalling, Igal - Igal dan Runsai.
·
Tarian Dalling-Dalling Ξajau dan
Πgal Πgal Πajau
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau
di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa
untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat
Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan
seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan
membawa dalling-dalling dan Πgal Πgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa
Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis
Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena
Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama,
Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran
Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah
Sandakan dan Π
emporna.
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada
perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan
mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian
khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang
dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya
penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah
pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang
pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama
apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang
mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati,
tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia
ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan
'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak
(penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk
diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
·
Tarian Limbai & Runsai (Bajau
Kota Belud)
Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku
kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut
ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik
sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian
Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai
isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab
qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulin
tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh
seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang
pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota
rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan
selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian
traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis
perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan
onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah
apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh
penari lelaki dan perempuan.
·
Kalang Mpatn
Kalang mpat merupakan salah satu
nyanyian rakyat yang dimiliki suku kaum Bajau. Di Borneo, orang-orang Bajau
boleh ditemui di Sabah terutama di sepanjang pantai barat Sabah, bermula dari
daerah Kudat sehingga ke Sipitang. Namun, tumpuan penelitian ialah di daerah
Kota Belud yang didominasi oleh suku kaum Bajau. Suku kaum Bajau di daerah ini
masih lagi mengekalkan budaya tradisi ekspresif yang hanya digemari oleh
kalangan generasi tua sahaja. Memandangkan kalang mpat semakin tidak
menarik perhatian generasi muda dan generasi tua yang mengetahui kalang mpat
semakin berkurangan, maka kalang mpat menjadi salah satu tarikan budaya
yang menarik. Kalang mpat dicipta
dalam susunan kata-kata yang padat mengikut peraturan sebagaimana yang telah
ditetapkan. Peraturan yang disusun misalnya, dari segi suku kata dan rima pada
penghujung yang sesuai adalah berasaskan kepada keperluan pernyataan yang
disampaikan secara lisan. Menerusi kalang, pemantunnya dapat menyampaikan
pengajaran, sindiran, rasa hati, perasaan dan hiburan dengan cara yang
berkesan. Penyampaiannya, dengan memilih kata-kata yang bersesuaian dan rima
menarik boleh membawa pengertian mendalam kepada pendengar. Keseimbangan rima
dan rangkap selalu ditekankan dalam pembinaan kalang. Dalam keadaan ini,
pendengar dan pemantun dapat menilai dan membezakan antara kalang baik dan sebaliknya. Pemilihan dan
susunan kata-kata yang memperlihatkan keseimbangan amat ditekankan kerana
penciptaan sedemikian akan melambangkan keharmonian pemikiran ahli-ahli
masyarakat tersebut. Berdasarkan contoh-contoh kalang yang diberikan,
dapat diteliti rima akhir yang berbeza antara satu kalang dengan kalang
yang lain, iaitu a-a-a-a; a-b-a-b.
Kalang dihasilkan secara spontan. Penciptaan
sebegini lazimnya membawa pengertian mendalam yang disesuaikan dengan suasana
tempat kalang dinyanyikan. Kebolehan menghasilkan kalang secara
spontan serta dinyanyikan dengan iringan muzik merupakan satu kebolehan yang
istimewa dan sangat dihargai pendengarnya. Susunan struktur pantun itu
sebagaimana puisi-puisi tradisional lain menekankan keindahan susunan bunyi
yang disampaikan secara lisan. Dalam proses kreativiti (mencipta dan
menghasilkan) kalang, penciptanya sering melihat kepada latar belakang
mereka sebagai petani. Pekerjaan ini telah mengundang mereka untuk menyatukan
unsur-unsur pengetahuan, pengalaman mereka mengharungi hidup, suasana alam
sekitar sebagai latar belakang kalang. Jika diperhatikan dengan teliti,
terpancar kandungan pemikiran yang tersirat di sebalik bait-bait puisi tradisi
ini. Kalang yang disertakan berhasil memperlihatkan nilai-nilai
muafakat, kesabaran, rendah diri, persaudaraan, keprihatinan, kerjasama dan
sikap tolong-menolong di kalangan ahli-ahli masyarakat ini. Sesungguhnya, kalang-kalang
tersebut memperlihatkan watak manusia penciptanya. Di dalamnya, terkandung
bentuk kegembiraan, kesedihan dan nilai-nilai murni dalam diri manusia
penciptanya. Selain itu, penciptanya juga turut menyerlahkan keindahan jagat
raya ke dalam kalang-kalang ini. Keindahan tersebut waima berunsurkan
flora atau fauna jelas tergambar dalam setiap bait kalang itu. Keadaan
ini membuktikan bahawa latar diri penciptanya begitu akrab dengan alam sehingga
tidak dapat memisahkan setiap inci alam daripada kalang.
Pencipta kalang lazimnya amat
peka dengan susunan atau peredaran yang dapat diteliti dari keharmonian dan
keseimbangan alam sekitar. Melaluinya mereka dapat menghayati kehalusan dan
keindahan alam ciptaan Tuhan. Suasana kehalusan dan keindahan alam sekitar ini
dapat memberikan inspirasi yang mempengaruhi rasa hati dan perasaan
anggota-anggota masyarakat untuk dinyatakan pula dalam kehidupan harian mereka.
Keindahan dan kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam kalang itu
disampaikan pula dalam bentuk tradisi budaya ekspresif. Dengan menyampaikan kalang
dalam konteks budaya ekspresif itu bermakna keindahan dan kehalusan kalang
itu dapat dihayati bersama secara lebih mendalam dan bermakna. Melalui
budaya ekpresif itu, anggota-anggota masyarakat dapat merasai keindahan, di
samping memberikan mereka hiburan.
Melalui kalang mpat,
kita mampu mengesan beberapa unsur yang terselindung di sebalik nyanyian
ini. Unsur-unsur tersebut merupakan antara teknik penciptaan dan penyampaian
yang dilakukan oleh penyanyinya agar setiap bait kalang itu dapat
dinikmati keaslian dan keindahannya oleh pendengar. Secara tidak langsung,
tradisi berkalang dalam masyarakat Bajau adalah gabungan antara teknik
penyampaian dan proses interaksi penyanyi-pendengar yang telah berlaku sejak
sekian lama.
Assalamualaikum saudara Azmeir,
ReplyDeleteSaya sangat tertarik dgn isi kandungan blog ini. Saya juga seorang Bajau-Samah. Saya ingin meminta izin drp saudara Azmeir utk mengambil sedikit ilmu ttg suku kaum Bajau ini utk dimuatkan dlm assignment saya. Terima kasih saya ucapkan.
Maaf saya baru baca komen anda..Dengan hati yang terbuka saya izinkan,hehe
Deletemohon share...boleh tak?
ReplyDeleteDipersilakan
Deletemaklumat ini sangat membantu ! terima kasih :)
ReplyDelete:)
ReplyDeleteterima kasih.. mnta info ni ckit ya sal tarian bajau..
ReplyDeleteas salam. mohon izin untuk saya lengkapkan pengisian kajian saya mengenai adat istiadat bajau ya..
ReplyDeleteAssalamualaikum, boleh saya tahu ada sumber dari bahan bacaan tak yg saudara guna pakai dalam menghasilkan penulisan ni? sekiranya ada saya ingin tahu tajuk buku serta pengarang sebab sy nak baca (:
ReplyDeleteTerima kasih guna gambar dari blog saya. Nnt letak link sumber gambar itu ya.
ReplyDeleteMohon share ye
ReplyDeleteini sangat membantu terima kasih saya ucapkan
ReplyDeletedari hasil kajian saya. kaum bajau telah mewariskan satu tradisi kerajaan yang pernah masyhur suatu ketika dahulu. buktinya tanah semporna seperti pernah berdiri sebuah kota besar di atasnya pusat kepada satu kerajaan yang besar di panggil kerajaan Balqis. bukit tengkorak sebagai pusat pembuatan tembikar. lepa sebagai armada utama.
ReplyDeletedari mahkota yang di pakai seperti menunjukkan peta kepada sebuah kerajaan. dan kenyataan di perkuat lagi bahawa matahari terbit tepat berada di negeri sabah.
ReplyDeletemenurut sejarah. bumi sabah di perkaya dengan galian emas dan permata. ribuan flora dan fauna dengan hutan yg tertua di dunia sebgai penjelasan negeri inilah yg menerima pancaran matahari terbanyak. di sinilah matahari terbit tepat di atas lembah danum. negarer yang di penuhi kabus.negeri bertuah yang segalanya ada di dalamnya termasuk air kehidupan dari kisah nabi raja dzukkarnain
ReplyDeletepenulis?
ReplyDeletepenulis?
ReplyDeletepenulis?
ReplyDeleteNama penulis?
ReplyDeleteBolehkah sy memohon kebaikan penulis blog ini, minta share buku yg rujukan tentang Perayaan Regatta tu Khasnya.
ReplyDeletesayang sekali, info nya sudah betul tapi tak boleh diambil sebagai sumber rujukan membuat tesis.
ReplyDeleteSlam
ReplyDeleteAssalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
ReplyDeleteπ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570